Friday, May 15, 2009

Happy Teacher's Day!




Gambar adalah hiasan semata-mata.sekian.




“Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim” hadith rasulullah saw.



Hukum wajib yang telah ditetapkan, jika meninggalkannya menjadi suatu dosa. Muslim yang berilmu dipandang tinggi di sisi Islam. Keutamaan orang berilmu ke atas ahli ibadah adalah bagaikan bulan di sisi bintang-bintang. Kedua-dua nya bercahaya (membawa manfaat) akan tetapi orang berilmu itu cahaya nya lebih terang menyuluh keseluruh alam lantas menjadi manfaat kepada orang lain. Sedangkan ahli ibadah ibarat bintang-bintang yang banyak bertabur tetapi tidak memberi manfaat kepada orang lain.



Menuntut ilmu menjadi suatu ibadah asalkan saja niat kita lurus. Pastikan sebelum kita buka buku nak menelaah niat kita lurus. ‘ Aku belajar bukan sebab nak lulus exam semata-mata tetapi demi untuk menjadi muslim yang cemerlang dan mampu memberi manfaat kepada orang lain.’



Belajar itu suatu hasanat (kebaikan), mencari ilmu itu suatu ibadah, mengingatinya sama seperti tasbih, menyelidikinya seperti jihad, mengajar kepada yang tidak mengetahui itu suatu sedekah. Burung-burung di langit dan ikan di air bertasbih dalam perjalanan kita menuntut ilmu.



Guys, pernah tidak kita terfikir kenapa kadang kala kita baca buku bagai nak mati tapi still xdpt score. Silapnya kita selalu beranggapan kejayaan itu disebabkan usaha dari kita semata-mata. Kalau study hard, hafal semua, confirm A! Kita terlalu mengejar yang lahiriah semata hingga kadang kala kita alpa dengan keberkatan dalam mencari ilmu. Dimana datangnya keberkatan? Redha Allah, ibubapa, pensyarah, kawan-kawan dan orang sekeliling kita. Ingatlah, sebanyak mana kita study pun, klu Allah tak izinkan kita berjaya, kejayaan tidak akan jadi milik kita. Tidak ada satu habuk pun mampu terbang tanpa izin Allah. Kalau kegagalan mendatang, muhasabah diri balik, revise balik hubungan kita dengan Allah dan makhluk2nya.
Kalau kita dah berjaya, rendahkan ego kita dengan mengingatkan diri bahawa kejayaan itu pinjaman Allah semata-mata.



Kdg2 kita xsedar benda2 kecil yg kita buat seharian boleh membawa kesan pada pelajaran dan sekaligus hidup kita. Sekadar nak berkongsi cerita tentang diri sendiri masa zaman sekolah yang bodo2 dan naïf (yeke?):



'Saya teringat zaman persekolahan waktu form 3. Meja prep saya ada 6 orang. Kitorang ni memang giler2 dan selalu bt havoc masa prep. Kiranya klu ditanya meja paling bising sume akan menunding jari kt meja kitorang. Tp disebalik ke'giler'an kitorang ni ada satu tradisi agak murni la. Setiap kali hujan lebat, kat meja tulah kitorang ramai2 akan mengadap kiblat dan tadah tangan berdoa mohon dikurniakan kejayaan utk PMR (Salah satu waktu mustajab doa adalah ketika hujan lebat). Alhamdulillah, 4 dari kitorang dapat 9 A dan yg lain 8A. jangan meremehkan perbuatan yang baik walaupun kecil, dan janganlah memperlekehkan perbuatan yang jahat walaupun hanya sebesar zarah.



Kepada kawan2 yang dah nak grad, Happy graduating! You’ll miss student’s life (at least u’ll miss me). Jangan bataskan menuntut ilmu hanya di kelas saja. Teruskan menuntut ilmu walau dimana jua anda berada! Jangan direnung pahitnye sebuah pengorbanan, tapi kenangkanlah manisnya sebuah kejayaan..



To all my beloved teachers. You’re d best, I’m proud to be your student.

Happy teacher’s day!!.

1 comment:

nashiey~ said...

yeah!! ko tlh mengingatkan sesuatu... cm dh lupe plak aktvti kte dlu2... hihihi... same2 kte doa yek... amiinn...