Monday, June 1, 2009

Surat Terbuka..

Diriku sudah lama bersabar. Kusangkakan kau akan berubah tapi dikau masih begitu jua. Oh,teman..kau seorg sahabat yg baik tapi entah mengapa jika berbicara denganmu dihujung perbualan, hatiku akan berasa panass.. aku tahu kau seorg yg bijak,berdedikasi, berkaliber dan segala macam kelebihan lain. Tapi itu tidak bererti kemenangan itu sentiasa dipihak kau. Aku tahu kau seolah-olah cuba menjadi pendengar dan penasihat yang baik. Aku menghargai niat sucimu itu. Tapi tahukah kau kadangkala (selalu) kata-katamu lebih banyak menyinggung dari meleraikan kekusutan yang sedia ada. Dan akhirnya aku sendiri makan hati dan kau tetap merasa kau yang benar. Oh teman, aku pasti boleh bersabar dengan hal-hal yang lain. Tapi apabila kau cuba membuat penilaian( tanpa kupinta) tentang keluargaku aku benar-benar tidak menghargai. Berpadalah dalam berkata-kata kawanku kerana kau semestinya tidak tahu hal yang sebenarnya. Kau tidak ada kuasa untuk memberi komen yang tidak-tidak. Sekali lagi aku ulang, aku benar-benar tidak menghargai niat ikhlasmu itu. Ya, aku telah cuba beterus terang mengatakan ketidakpuasan hatiku kepadamu, tapi kau enggan terima, kau masih ingin terus bicara, menegakkan benang yang basah! Oh, tinggi sungguh egomu, maklumlah kau manusia yg kononnya kuat berprinsip. Mana mungkin kau akan menarik balik bicaramu apatah lagi mengaku khilafmu. Ah, katakan apa saja, aku juga bisa buat apa saja (err..cthnye meluahkn perasaan kt sini)

Oh kau yang bernama teman, aku tahu kau sememangnya begitu berkaliber di kampusmu tetapi kuharap kau mengerti, ada juga perkara-perkara tertentu aku lebih arif sekurang-kurangnya apabila ianya berkaitan bidangku. Aku tahu kau gemar berbahas, aku juga begitu tapi dalam hal-hal tertentu saja. Kerana kurasa dungu diriku melayan katamu yang tidak nampak fakta itu, lalu aku rela mengalah..ingat, bukan bermakna kau menang.

Maafkanku jika kau tersinggung dengan bicaraku ini. Bukan tujuanku untuk menyakiti hatimu, Cuma sebuah keadilan untuk diri sendiri yang kucari.

Ku kira hingga disini saja bicaraku..ingatlah wahai teman-teman sekalian.. ya, kita berhak melontarkan pendapat, tapi bukan di semua tempat dan keadaan. Kerana patah kata itu mampu mengguris hati tanpa kau sedari..

If u don’t have better things to say, say nothing…

3 comments:

Aku Bukan JLo said...

hihihi apekah cerita ini??menarik utk dikongsikan di kedai kopi bersame same ketike sedang berase sunyi setelah terase penat menyebabkan terase ingin melarikan diri dari dunia thesis dan memasuki dunia gosip...hihi

-nash- said...

hua... dahsyat gile... anie, mintak maaf kalo ade salah silap...

diaryofzen said...

maaf juge kupinta.peace~ =)