Tuesday, July 21, 2009

rakyat malaysia yg suka membantu ......

Hari ni aku sgt bkobar2 untuk posting ke Tun Hospital Onn Eye Hospital. Maklumlah, satu2nya hospital mata kat Malaysia (eh, skang dah ada ISEC la). Lokasi hospital ni dkt PJ, naik Lrt putra berenti kat stesen Asia Jaya( xpenah tau stesen ni wujud). Paling dekat ngn tempat aku ada monorail je. So, aku kena tkr train la ni. Kena sampai sana kul 8.30 am kat sana. So seawal pukul 6.45 aku dgn berkobar-kobar kluar dari rumah. Housemate aku sume xkluar dari tempat persembunyian lagi. Terkedek2 aku jln menuju ke monorail dalam waktu sebelum syuruk tu. Bak kata orang benang hitam pun xnampak. Suratkhabar free kat stesen pun belum ada lg. Begitulah analogi betapa awlnya aku kluar. Mula2 aku cadang nak berhenti kat stesen KL sentral pastu tukar tren putra kat situ. Ttbe aku teringat idea huda ckp kt stesen bukit nenas pun ada stesen LRT. Aku penah pegi skali stesen tut p mcm xbape ingat mna lokasi LRT tu dr stesen monorail. Tapi xpelah, blh tnya org kan…

Sampai2 kat stesen bukit nenas baru pukul 7.10 am. Yes, mesti aku sampai awl (kataku dgn bangga dlm hati). Turun dari stesen aku ingt2 mcm belok kiri. Aku pun jalan sikit tapi xnampak pun bayang stesen la plak. Kang sia2 je jalan. Emm..nak tnya sape ek? Nampaklah pakcik berpakaian seragam pengawal keselamatan.

“Encik, tumpang tanya kat mana stesen LRT putra bukit nenas?”
“ha, belok kanan pastu jln je terus”. Aik, bkn kiri ke? (hatiku bermonolog).
“pastu kena seberang jln ke?” sbb seingat2 aku yg xberapa ingt ni kena seberang.
“xpe2, ikut sy je kak, sy pun mmg nak g sana” (kak??? Janggut die dah sah2 nampak lagi tua dr aku kot).
Layan jelah.keje sana rupanya pakcik ni, confirm die tau ni. Ikut jelah dia..
Aku pun berjalanlah bersama2 adikku (dah die cop aku akak die kan). Jalan-jalan dan berjalan..eh, aku rasa xjauh sgt stesen tu. "Encik, jauh lg ke ye?" "Tak2, nak dkt smpai dah, dkt ngn skolah." sekolah? Sekolah pebenda lak kat c2.. (hatiku terus bermonolog)
‘encik, stesen tu putra kan?’ tnyaku utk kepastian bukan meragui.
‘ye, ye stesen putra bukit nenas.’ Oklah tu, pakcik tu dah kje c2 xkan die salah lak. Jalan2 lagi, peluh merenik2 di dahi,hilang cun aku dipagi hari.
‘kat mna ek stesen tu encik’ tanyaku sekadar berbasa basi sebab aku mmg xnmpak bayang stesen lansung.
‘ala, sederet dengan pertama’ jawab pakcik tu tenang. Pertama?? Cop2, aku dah rasa lain macam dah ni. Mak aih, ttbe aku nampak bangunan Unikl. Astaghfirullahalazim pakcik….aku jln sampai sini ke? Owh, pakcik mngertilah perasaan ku ketika itu..
‘encik, saya nak g stesen putra’
‘nak g mna?’
‘PJ’
‘Oh, xpe boleh2 ckp je kat kaunter tiket tu nak g PJ". Owh, pakcik mngertilah perasaan ku ketika itu. Pas2 aku Nampak stesen monorail medan tuanku kat depan aku. Dlm mind aku naik stesen ni terus g kl sentral tukar putra kat sana. Adoii sempat xni?
‘pakcik, xpelah sy naik cni jela’
‘eh, dkt depan tu je, skt lg’ ye, sy tau pakcik dpan tu stesen star, kena tkr gak nnti.
‘xpe2, sy dah lewat dah ni’ (amik hati) dalam hatiku……(ko lah punca klu aku lewat)

Aku berlari cm nak mati dari stesen monorail g KL sentral (dahla kena pusing jauh skang). Mmg hilang habis manner aku time tu. hrap2 jodoh aku xternampak aku waktu tu (apa aku melalut ni).

Itulah alkisahnya..sape kate rakyat Malaysia x berbudi bahasa? Terbukti sudah, sanggup menolong jika dipinta. Tapi, kalau tak pasti tu oh, better don’t la..tapi pape pun ribuan timekasih, maceh2 kpd pakcik guard tu kerana sudi cuba membantu. Keep it up!

*sbnrnye xde stesen putra bukit nenas, actualy stesen putra Dang Wangi.
*aku berjaya smpai kt hospital kul 8.15 am alhamdulillah..

1 comment:

-nash- said...

hahaha... lawak2... lain kali cek la dulu...