Tuesday, July 21, 2009

rakyat malaysia yg suka membantu ......

Hari ni aku sgt bkobar2 untuk posting ke Tun Hospital Onn Eye Hospital. Maklumlah, satu2nya hospital mata kat Malaysia (eh, skang dah ada ISEC la). Lokasi hospital ni dkt PJ, naik Lrt putra berenti kat stesen Asia Jaya( xpenah tau stesen ni wujud). Paling dekat ngn tempat aku ada monorail je. So, aku kena tkr train la ni. Kena sampai sana kul 8.30 am kat sana. So seawal pukul 6.45 aku dgn berkobar-kobar kluar dari rumah. Housemate aku sume xkluar dari tempat persembunyian lagi. Terkedek2 aku jln menuju ke monorail dalam waktu sebelum syuruk tu. Bak kata orang benang hitam pun xnampak. Suratkhabar free kat stesen pun belum ada lg. Begitulah analogi betapa awlnya aku kluar. Mula2 aku cadang nak berhenti kat stesen KL sentral pastu tukar tren putra kat situ. Ttbe aku teringat idea huda ckp kt stesen bukit nenas pun ada stesen LRT. Aku penah pegi skali stesen tut p mcm xbape ingat mna lokasi LRT tu dr stesen monorail. Tapi xpelah, blh tnya org kan…

Sampai2 kat stesen bukit nenas baru pukul 7.10 am. Yes, mesti aku sampai awl (kataku dgn bangga dlm hati). Turun dari stesen aku ingt2 mcm belok kiri. Aku pun jalan sikit tapi xnampak pun bayang stesen la plak. Kang sia2 je jalan. Emm..nak tnya sape ek? Nampaklah pakcik berpakaian seragam pengawal keselamatan.

“Encik, tumpang tanya kat mana stesen LRT putra bukit nenas?”
“ha, belok kanan pastu jln je terus”. Aik, bkn kiri ke? (hatiku bermonolog).
“pastu kena seberang jln ke?” sbb seingat2 aku yg xberapa ingt ni kena seberang.
“xpe2, ikut sy je kak, sy pun mmg nak g sana” (kak??? Janggut die dah sah2 nampak lagi tua dr aku kot).
Layan jelah.keje sana rupanya pakcik ni, confirm die tau ni. Ikut jelah dia..
Aku pun berjalanlah bersama2 adikku (dah die cop aku akak die kan). Jalan-jalan dan berjalan..eh, aku rasa xjauh sgt stesen tu. "Encik, jauh lg ke ye?" "Tak2, nak dkt smpai dah, dkt ngn skolah." sekolah? Sekolah pebenda lak kat c2.. (hatiku terus bermonolog)
‘encik, stesen tu putra kan?’ tnyaku utk kepastian bukan meragui.
‘ye, ye stesen putra bukit nenas.’ Oklah tu, pakcik tu dah kje c2 xkan die salah lak. Jalan2 lagi, peluh merenik2 di dahi,hilang cun aku dipagi hari.
‘kat mna ek stesen tu encik’ tanyaku sekadar berbasa basi sebab aku mmg xnmpak bayang stesen lansung.
‘ala, sederet dengan pertama’ jawab pakcik tu tenang. Pertama?? Cop2, aku dah rasa lain macam dah ni. Mak aih, ttbe aku nampak bangunan Unikl. Astaghfirullahalazim pakcik….aku jln sampai sini ke? Owh, pakcik mngertilah perasaan ku ketika itu..
‘encik, saya nak g stesen putra’
‘nak g mna?’
‘PJ’
‘Oh, xpe boleh2 ckp je kat kaunter tiket tu nak g PJ". Owh, pakcik mngertilah perasaan ku ketika itu. Pas2 aku Nampak stesen monorail medan tuanku kat depan aku. Dlm mind aku naik stesen ni terus g kl sentral tukar putra kat sana. Adoii sempat xni?
‘pakcik, xpelah sy naik cni jela’
‘eh, dkt depan tu je, skt lg’ ye, sy tau pakcik dpan tu stesen star, kena tkr gak nnti.
‘xpe2, sy dah lewat dah ni’ (amik hati) dalam hatiku……(ko lah punca klu aku lewat)

Aku berlari cm nak mati dari stesen monorail g KL sentral (dahla kena pusing jauh skang). Mmg hilang habis manner aku time tu. hrap2 jodoh aku xternampak aku waktu tu (apa aku melalut ni).

Itulah alkisahnya..sape kate rakyat Malaysia x berbudi bahasa? Terbukti sudah, sanggup menolong jika dipinta. Tapi, kalau tak pasti tu oh, better don’t la..tapi pape pun ribuan timekasih, maceh2 kpd pakcik guard tu kerana sudi cuba membantu. Keep it up!

*sbnrnye xde stesen putra bukit nenas, actualy stesen putra Dang Wangi.
*aku berjaya smpai kt hospital kul 8.15 am alhamdulillah..

Friday, July 10, 2009

Having fun with friends.....

tertidur sebab udara terlalu nyaman. take turn tido...

Assalammualaikum wbt..I just wanna share few photos exclusively (sbb xde ltk kt tmpt lain) during my coursemate and I have to go to Kem Bina Semangat at Dusun Eco Resort. At first, of cos we felt so annoying to be there, dah la cuti pendek sbb LI, pas2 kena g motivasi mcm knk2 riang plak. But, then I think its not that bad. Can consider it as a sort of vacation for our class. Plus, there is only 1 year leave for us to be together, playing around as if we still kids. then, we felt, xreadynya nak tinggalkan sume ni!! somemore nowadays klinik 8 am-5 pm. Owh, how I'm gonna work after this? Its so tiring..... (I wish I can be housewife after grad).


Huk3, I treasure every happy and bad moments day there..(bdk laki byk bad moments kot, I don't know). just put on some pic..It's a nice place..



Reramai gmbr sebelum balik..aku kelihatan tinggi di situ


On the way blk..sonok2 naik trak!!



khemah kami... pasang sendiri tau!



kan da cakap, seronok naik trak! muka happy gler tu!





minum teh..




naik trak lagi...


being with friends, it's fine without love rite?
BUNGA CINTA LESTARI-INGKAR
Disaat cinta tercipta
Semestinya ku merasa
Dikala hasrat mendalamSemestinya ku ???
Houu houu hou wooo
Dari hati kini kusadari
Tak semestinya kuberkasih
Jika hati tak dapat berbagi
Baiknya rasa itu tersimpan dalam
Chorus:Semestinya aku mencinta
Seharusnya aku menyayang
Oh maafkan jika semua ini yang kuberikanUntukmu
Dari hati kini kusadari
Tak semestinya kuberkasih
Jika hati tak dapat berbagi
Baiknya rasa itu tersimpan dalam
Chorus [3x]
Dari hati kini kusadari
Tak semestinya kuberkasih
Orang yang kejam adalah yang membiarkan org lain jatuh cinta kpdnya tanpa ada niat utk menyambutnya-novel's author



1st week as a final yr student......

Tersangat penat!
2 perkataan yang menggambarkan minggu pertama aku sbgai bdk final yr. jadual yg packed stiap hari dan melihat jadual akan dtg yg tersusun rapi cukup mmbtkan jiwaku lelah.
Alhamdulillah, aku dah warming up ckt b4 start new semester. Actually best sbnrnye jd final yr ni. Xde kelas! Just klinik, posting hospital yg kena berdiri 9am-1 pm (or even more) utk observe dr, thesis (gagagagagaga) dan presentation setiap minggu. Slot utk kls mmg xde. Klu ada msuk kls pun utk dgr presentation (org present, aku berangan).
Dulu2 msa kelas berlambak, mls g kelas, skang ble dah xde kelas, tergedik2 nak g kelas. manusia memang mcm tu, selalu xberpuas hati dgn apa yg dia dpt.

So, semalam after the last briefing ptg tu aku rasa sgt tension+ penat. Lepas maghrib terus tido.kul 5.30 am bru bgun. Alhamdulillah, hal kolej dah settle (although inofficial ) so just need more energy to continue another 13 weeks yg penuh scary.huk3 (oksigen pliz).

That’s it……hopefully I have time to update again..

Saturday, June 13, 2009

Man that I adore….


looks like a mysterious guy, huh?


Bersiap2 hendak ke kenduri kawin..



Akak: eh, mana ayah?
Hani: tah,tido kut..
Menjenguk ke dlm bilik..
Akak: tgh semayang sunat la..



Masih bersiap2 xsudah2..
Hani: mana ayah ni?
Menjenguk2 ke luar, tgh basuh keta rupanye sblum pergi (rajin kemain)



Akak: tu lah lelaki yang kita cari…tapi masih belum jumpa (slow sikit)
Hani: ye..(sgt setuju)

Selamat hari bapa..where I can find one, just like him?

Monday, June 8, 2009

No turning back

People come and go in our life. We tend to forget, when we found the new one. But there are some people who stay longer in our memory than anyone else. Maybe because that people is the one who used to care so much about us, used to be a shoulder to cry on, someone u used to have dream to be forever with. Or maybe becos that person have hurted you once. Or maybe just only because that person come, go and suddenly comeback uninvitedly (ade ke this word?).

For the past few days, I wonder something..Does the right person come twice in our life? (meminjam ayat zen@makcikjualkepek yg merindui ex nye itu. Org suruh goda balik xnak!)

Normal la klu sesekali teringat pada orang yang pernah hadir dlm hidup kita. Tapi untuk jatuh ke lubang yang sama dua kali itu tidak mungkin.

Tak Mungkin Kerna Sayang - Alyah

Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali
Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti


I've read this somewhere; Lelaki ibarat cermin, tak berbohong, tapi sukar utk dipercayai..

Thursday, June 4, 2009

Pantun jiwa-jiwa

Dua hari lepas my fren and I menganjurkan pertandingan berbalas pantun disertai kami berdua. Tujuan pertandingan ini adalah untuk mengembalikan nostalgia zaman persekolahan ketika mempelajari sastera bahasa Malaysia. It’s good sometimes good and fun to revise back as we will always remember our bahasa from bottom of our heart. So, ini adalah sedikit sebyk sesi berbalas pantun kami:

cikguJiwang: 2,3 kerbau menari,
mana nak sama tarian sang belang,
udah2lah tu tangguhkan mandi,
cepat2lah mandi bunga nanti dapat laki senang.

Hani: comel sungguh si burung kedidi,
tinggi pula terbang ke awan,
7 telaga 7 jenis bunga dah kumandi,
tapi xturun2 juga putera kayangan.

cikguJiwang: pasak keluli kutarukkan gangsa,
lambaian senja menusuk jendela,
begitu ramai pujangga putera,
adakah saudari memilih jejaka?

Hani: halus mulusnya berkulit putih,
dodoi si anak diatas riba,
Siapalah hamba untuk memilih,
puas menanti xkunjung tiba.

CikguJiwang: madah beradu tengahan damai,
merak berhias kenanga disapu,
Jika putera kayangan tak kunjung kemari,
siap2 lah kamu untuk menjadi madu.


sesi berbalas pantun diakhiri apabila hani berasa mengantuk tdk terperi. agak2 korg sape menang dlm sesi ni? hihi. sekian. Bahasa jiwa bangsa!

Monday, June 1, 2009

Surat Terbuka..

Diriku sudah lama bersabar. Kusangkakan kau akan berubah tapi dikau masih begitu jua. Oh,teman..kau seorg sahabat yg baik tapi entah mengapa jika berbicara denganmu dihujung perbualan, hatiku akan berasa panass.. aku tahu kau seorg yg bijak,berdedikasi, berkaliber dan segala macam kelebihan lain. Tapi itu tidak bererti kemenangan itu sentiasa dipihak kau. Aku tahu kau seolah-olah cuba menjadi pendengar dan penasihat yang baik. Aku menghargai niat sucimu itu. Tapi tahukah kau kadangkala (selalu) kata-katamu lebih banyak menyinggung dari meleraikan kekusutan yang sedia ada. Dan akhirnya aku sendiri makan hati dan kau tetap merasa kau yang benar. Oh teman, aku pasti boleh bersabar dengan hal-hal yang lain. Tapi apabila kau cuba membuat penilaian( tanpa kupinta) tentang keluargaku aku benar-benar tidak menghargai. Berpadalah dalam berkata-kata kawanku kerana kau semestinya tidak tahu hal yang sebenarnya. Kau tidak ada kuasa untuk memberi komen yang tidak-tidak. Sekali lagi aku ulang, aku benar-benar tidak menghargai niat ikhlasmu itu. Ya, aku telah cuba beterus terang mengatakan ketidakpuasan hatiku kepadamu, tapi kau enggan terima, kau masih ingin terus bicara, menegakkan benang yang basah! Oh, tinggi sungguh egomu, maklumlah kau manusia yg kononnya kuat berprinsip. Mana mungkin kau akan menarik balik bicaramu apatah lagi mengaku khilafmu. Ah, katakan apa saja, aku juga bisa buat apa saja (err..cthnye meluahkn perasaan kt sini)

Oh kau yang bernama teman, aku tahu kau sememangnya begitu berkaliber di kampusmu tetapi kuharap kau mengerti, ada juga perkara-perkara tertentu aku lebih arif sekurang-kurangnya apabila ianya berkaitan bidangku. Aku tahu kau gemar berbahas, aku juga begitu tapi dalam hal-hal tertentu saja. Kerana kurasa dungu diriku melayan katamu yang tidak nampak fakta itu, lalu aku rela mengalah..ingat, bukan bermakna kau menang.

Maafkanku jika kau tersinggung dengan bicaraku ini. Bukan tujuanku untuk menyakiti hatimu, Cuma sebuah keadilan untuk diri sendiri yang kucari.

Ku kira hingga disini saja bicaraku..ingatlah wahai teman-teman sekalian.. ya, kita berhak melontarkan pendapat, tapi bukan di semua tempat dan keadaan. Kerana patah kata itu mampu mengguris hati tanpa kau sedari..

If u don’t have better things to say, say nothing…